Monday, 16 December 2019
HIKMAH PENURUNAN AL-QURAN SECARA BERANSUR-ANSUR (MUNAJJAMAN)
Kita telah memahami bahawa al-quran diturunkan
kepada Rasulullah SAW dalam tempoh 23 tahun. Antara hikmah al-quran diturunkan
secara beransur-ansur ialah:
1) Untuk menguatkan hati Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam dalam
menyampaikan dakwah.
2) Sebagai mukjizat menyahut cabaran orang kafir.
3) Memudahkan hafazan dan kefahaman.
4) Supaya manusia dengan mudah dapat mengikutnya.
5) Bukti kehebatan al-Quran.
Turunnya al-Quran beransur-ansur
Firman Allah:
وَقُرْآنًا فَرَقْنَاهُ لِتَقْرَأَهُ عَلَى النَّاسِ عَلَى مُكْثٍ
وَنَزَّلْنَاهُ تَنْزِيلًا (106(
Dan Al Qur’an itu telah Kami turunkan dengan beransur-ansur agar kamu
membacakannya perlahan-lahan kepada manusia dan Kami menurunkannya bahagian
demi bahagian.
[Al-Isra’: 106]
وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لَوْلَا نُزِّلَ عَلَيْهِ الْقُرْآنُ جُمْلَةً
وَاحِدَةً كَذَلِكَ لِنُثَبِّتَ بِهِ فُؤَادَكَ وَرَتَّلْنَاهُ تَرْتِيلًا (32)
وَلَا يَأْتُونَكَ بِمَثَلٍ إِلَّا جِئْنَاكَ بِالْحَقِّ وَأَحْسَنَ تَفْسِيرًا (33)
Berkatalah orang-orang yang kafir: Mengapa Al Qur’an itu tidak
diturunkan kepadanya sekaligus?; demikianlah supaya Kami perkuatkan hatimu
dengannya dan Kami membacakannya secara tartil [teratur dan benar]. (32)
Tidaklah orang-orang kafir itu datang kepadamu [membawa] sesuatu yang ganjil,
melainkan Kami datangkan kepadamu suatu yang benar dan yang paling baik
penjelasannya (33) [Al-Furqan : 32-33]
Jumhur ulama berpendapat bahawa berdasarkan ayat 32 surah al-Furqan,
kitab-kitab terdahulu diturunkan sekaligus sehingga ia menimbulkan rasa pelik
di kalangan orang kafir di zaman nabi sallallahu ‘alaihi wasallam apabila
al-Quran diturunkan beransur-ansur.
Allah telah menunjukkan di dalam al-Quran bagaimana perasaan Nabi
sallallahu ‘alaihi wasallam apabila dakwahnya ditentang oleh manusia;
فَلَعَلَّكَ بَاخِعٌ نَفْسَكَ عَلَى
آثَارِهِمْ إِنْ لَمْ يُؤْمِنُوا بِهَذَا الْحَدِيثِ أَسَفًا (6(
Maka adakah kamu akan membunuh dirimu karena bersedih hati sesudah
mereka berpaling, sekiranya mereka tidak beriman kepada keterangan ini [Al
Qur’an]. [Al-Kahf : 6]
Lalu untuk meneguhkan hati Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam agar
istiqamah di jalan dakwah, maka Allah menurunkan pelbagai ayat yang
mengingatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bahawa apa yang baginda tempuhi
hari itu telah dilalui oleh rasul-rasul sebelum itu.
قَدْ نَعْلَمُ
إِنَّهُ لَيَحْزُنُكَ الَّذِي يَقُولُونَ فَإِنَّهُمْ لَا يُكَذِّبُونَكَ
وَلَكِنَّ الظَّالِمِينَ بِآيَاتِ اللَّهِ يَجْحَدُونَ (33) وَلَقَدْ كُذِّبَتْ
رُسُلٌ مِنْ قَبْلِكَ فَصَبَرُوا عَلَى مَا كُذِّبُوا وَأُوذُوا حَتَّى أَتَاهُمْ
نَصْرُنَا وَلَا مُبَدِّلَ لِكَلِمَاتِ اللَّهِ وَلَقَدْ جَاءَكَ مِنْ نَبَإِ
الْمُرْسَلِينَ (34(
Sesungguhnya, Kami mengetahui bahawasanya apa yang mereka katakan itu
menyedihkan hatimu, [janganlah kamu bersedih hati], kerena mereka sebenarnya
bukan mendustakan kamu, akan tetapi orang-orang yang zalim itu mengingkari
ayat-ayat Allah . (33) Dan sesungguhnya telah didustakan [pula] rasul-rasul
sebelum kamu, akan tetapi mereka sabar terhadap pendustaan dan penganiayaan
[yang dilakukan] terhadap mereka, sampai datang pertolongan Kami kepada mereka.
Tak ada seorangpun yang dapat mengubah kalimat-kalimat [janji-janji] Allah. Dan
sesungguhnya telah datang kepadamu sebahagian daripada berita rasul-rasul itu.
(34) [Al-An’am : 33-34]
فَإِنْ كَذَّبُوكَ فَقَدْ كُذِّبَ
رُسُلٌ مِنْ قَبْلِكَ جَاءُوا بِالْبَيِّنَاتِ وَالزُّبُرِ وَالْكِتَابِ
الْمُنِيرِ (18)
Jika mereka mendustakan kamu, maka sesungguhnya rasul-rasul sebelum
kamupun telah didustakan [pula], mereka membawa mu’jizat-mu’jizat yang nyata,
Zabur dan kitab yang memberi penjelasan yang sempurna
[Ali ‘Imran : 184]
فَاصْبِرْ كَمَا صَبَرَ أُولُو
الْعَزْمِ مِنَ الرُّسُلِ وَلَا تَسْتَعْجِلْ لَهُمْ كَأَنَّهُمْ يَوْمَ يَرَوْنَ
مَا يُوعَدُونَ لَمْ يَلْبَثُوا إِلَّا سَاعَةً مِنْ نَهَارٍ بَلَاغٌ فَهَلْ
يُهْلَكُ إِلَّا الْقَوْمُ الْفَاسِقُونَ (35(
Maka bersabarlah kamu seperti orang-orang yang mempunyai keteguhan hati
dari rasul-rasul telah bersabar dan janganlah kamu meminta disegerakan [azab]
bagi mereka. Pada hari mereka melihat azab yang diancamkan kepada mereka
[merasa] seolah-olah tidak tinggal [di dunia] melainkan sesaat pada siang hari.
[Inilah] suatu pelajaran yang cukup, maka tidak dibinasakan melainkan kaum yang
fasik. [Al-Ahqaf : 35]
Allah menerangkan sendiri bahawa kisah-kisah ini diceritakan agar dapat
menenangkan hati Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam
كُلًّا نَقُصُّ عَلَيْكَ مِنْ
أَنْبَاءِ الرُّسُلِ مَا نُثَبِّتُ بِهِ فُؤَادَكَ وَجَاءَكَ فِي هَذِهِ الْحَقُّ
وَمَوْعِظَةٌ وَذِكْرَى لِلْمُؤْمِنِينَ (120)
Dan semua kisah dari rasul-rasul Kami ceritakan kepadamu, ialah
kisah-kisah yang dengannya Kami teguhkan hatimu; dan dalam surat ini telah
datang kepadamu kebenaran serta pengajaran dan peringatan bagi orang-orang yang
beriman. [Hud : 120]
Orang-orang kafir sering menimbulkan persoalan-persoalan tentang sesuatu
isu dengan tujuan untuk mencabar dan merendah-rendahkan Rasulullah sallallahu
‘alaihi wasallam. Lalu Allah menurunkan ayat-ayat berkaitan persoalan-persoalan
itu untuk menangkis cubaan mereka mencabar dan merendah-rendahkan Rasulullah
sallallahu ‘alaihi wasallam.
Firman Allah:
وَلَا يَأْتُونَكَ بِمَثَلٍ إِلَّا
جِئْنَاكَ بِالْحَقِّ وَأَحْسَنَ تَفْسِيرًا (3)
Tidaklah orang-orang kafir itu datang kepadamu [membawa] sesuatu yang
ganjil, melainkan Kami datangkan kepadamu suatu yang benar dan yang paling baik
penjelasannya [Al-Furqan : 33]
يَسْأَلُونَكَ عَنِ السَّاعَةِ
أَيَّانَ مُرْسَاهَا قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِنْدَ رَبِّي لَا يُجَلِّيهَا
لِوَقْتِهَا إِلَّا هُوَ ثَقُلَتْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ لَا تَأْتِيكُمْ
إِلَّا بَغْتَةً يَسْأَلُونَكَ كَأَنَّكَ حَفِيٌّ عَنْهَا قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا
عِنْدَ اللَّهِ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ (187(
Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: “Bilakah terjadinya?”
Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi
Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain
Dia. Kiamat itu amat berat [huru-haranya bagi makhluk] yang di langit dan di
bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba”. Mereka
bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah:
“Sesungguhnya pengetahuan tentang hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi
kebanyakan manusia tidak mengetahui”.
[Al-A’raf : 187]
Al-Quran itu diturunkan ketika masyarakat itu sebahagiannya adalah buta
huruf. Mereka tidak mampu menulis atau membaca. Apa yang mereka mampu ialah menghafaz
apa yang mereka dengar. Dengan turunnya secara beransur-ansur, itu memudahkan
mereka untuk menghafaz ayat al-Quran.
هُوَ الَّذِي بَعَثَ فِي
الْأُمِّيِّينَ رَسُولًا مِنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ
وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِنْ كَانُوا مِنْ قَبْلُ لَفِي
ضَلَالٍ مُبِينٍ (2(
Dia-lah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di
antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, mensucikan mereka
dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan Hikmah [As Sunnah]. Dan sesungguhnya
mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata, [Al-Jumu’ah : 2]
Bagaimana generasi awal Islam mempelajari dan menghafaz al-Quran sedikit
demi sedikit dapat dilihat dalam riwayat berikut:
عَنْ أَبِي الْعَالِيَةِ قَالَ: قَالَ
عُمَرُ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ: ” تَعَلَّمُوا الْقُرْآنَ خَمْسًا خَمْسًا، فَإِنَّ
جِبْرِيلَ عَلَيْهِ السَّلَامُ نَزَلَ بِالْقُرْآنِ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَمْسًا خَمْسًا
”
Daripada Abu al-‘Aliyah, ‘Umar radiallahu ‘anhu berkata: Pelajarilah
al-Quran 5 ayat 5 ayat. Sesungguhnya Jibril menurunkan al-Quran kepada Nabi
sallallahu ‘alaihi wasallam 5 ayat 5 ayat.
قَالَ عَلِيُّ بْنُ بَكَّارٍ: ” قَالَ
بَعْضُ أَهْلِ الْعِلْمِ: مَنْ تَعَلَّمَ خَمْسًا خَمْسًا لَمْ يَنْسَهُ ”
Perawi bernama ‘Ali bin Bakar berkata: Sebahagian ahli ilmu berkata:
Sesiapa yang mempelajari al-Quran 5 ayat 5 ayat, dia tidak akan melupainya.
[Syu’ab al-Iman, At-Taasi’ ‘Asyar Min Syu’ab al-Iman, Fasl Fi Ta’lim al-Quran,
no: 1807. Shaikh al-Albani menyatakan ia dhaif dalam Dhaif Jami’ as-Saghir]
Dengan diturunkan secara bertahap-tahap, manusia akan lebih mudah untuk
mengikutinya berbanding diturunkan sekaligus. Apatah lagi jika ia diturunkan
bersesuaian dengan sesuatu peristiwa, maka manusia lebih mudah untuk beriman
dan beramal dengannya.
Ini dapat dilihat dalam perbezaan isi kandungan ayat-ayat yang
diturunkan sebelum hijrah dan selepas hijrah.
‘Aisyah radiallahu ‘anha berkata:
إِنَّمَا نَزَلَ أَوَّلَ مَا نَزَلَ
مِنْهُ سُورَةٌ مِنَ الْمُفَصَّلِ فِيهَا ذِكْرُ الْجَنَّةِ وَالنَّارِ حَتَّى
إِذَا ثَابَ النَّاسُ إِلَى الإِسْلاَمِ نَزَلَ الْحَلاَلُ وَالْحَرَامُ، وَلَوْ
نَزَلَ أَوَّلَ شَىْءٍ لاَ تَشْرَبُوا الْخَمْرَ. لَقَالُوا لاَ نَدَعُ
الْخَمْرَ أَبَدًا. وَلَوْ نَزَلَ. لاَ تَزْنُوا. لَقَالُوا لاَ نَدَعُ
الزِّنَا أَبَدًا.
Sesungguhnya yang awal diturunkan ialah surah al-Mufassal yang di
dalamnya disebutkan tentang syurga dan neraka sehinggalah apabila umat Islam
sudah semakin kuat Islamnya, turunlah ayat berkaitan halal dan haram.
Seandainya yang awal diturunkan ialah ‘janganlah kalian minum arak’. Nescaya
mereka akan berkata: Kami tidak akan meninggalkan arak selamanya. Seandainya
yang turun ialah ‘jangan berzina’, nescaya mereka akan berkata: Kami tidak akan
meninggalkan zina. [Sahih al-Bukhari, Kitab Fadhail al-Quran, hadis no: 4993]
Antara contoh hukum-hakam yang diturunkan secara beransur-ansur ialah
pengharaman arak.
§ Fasa 1:
وَمِنْ ثَمَرَاتِ النَّخِيلِ
وَالْأَعْنَابِ تَتَّخِذُونَ مِنْهُ سَكَرًا وَرِزْقًا حَسَنًا إِنَّ فِي ذَلِكَ
لَآيَةً لِقَوْمٍ يَعْقِلُونَ (67)
Dan daripada buah kurma dan anggur, yang kamu jadikan minuman yang
memabukkan dan rezeki yang baik. Sesungguhnya pada yang demikian itu
benar-benar terdapat tanda [kebesaran Allah] bagi orang yang memikirkan. (67)
[An-Nahl : 67]
§ Fasa 2:
يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ
وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا
أَكْبَرُ مِنْ نَفْعِهِمَا
Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: “Pada
keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfa’at bagi manusia, tetapi
dosa keduanya lebih besar dari manfa’atnya”. [Al-Baqarah : 219]
§ Fasa 3:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَقْرَبُوا
الصَّلَاةَ وَأَنْتُمْ سُكَارَى حَتَّى تَعْلَمُوا مَا تَقُولُونَ
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu shalat, sedang kamu dalam
keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan [An-Nisa’ : 43]
§ Fasa 4:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا
إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنْصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِنْ
عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ (90) إِنَّمَا
يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ فِي
الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَعَنِ الصَّلَاةِ
فَهَلْ أَنْتُمْ مُنْتَهُونَ (91(
Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya [meminum] khamar, berjudi,
[berkorban untuk] berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji
termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu
mendapat keberuntungan. [Al-Maidah : 90]
Kebiasaannya, apabila sesuatu tulisan itu ditulis dalam situasi yang
pelbagai dan berasingan, ia akan menghasilkan tulisan yang tidak seragam dan
tidak terdapat kesinambungan atau kaitan antara satu sama lain, dan akan muncul
banyaknya pertentangan antara satu fakta dengan fakta yang lain.
Akan tetapi ini tidak berlaku kepada al-Quran.
الر كِتَابٌ أُحْكِمَتْ آيَاتُهُ ثُمَّ
فُصِّلَتْ مِنْ لَدُنْ حَكِيمٍ خَبِيرٍ (1)
Alif Laam Raa, [inilah] suatu kitab yang ayat-ayatnya disusun dengan
rapi serta dijelaskan secara terperinci, yang diturunkan dari sisi [Allah] yang
Maha Bijaksana lagi Maha Tahu, [Hud : 1]
أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ
وَلَوْ كَانَ مِنْ عِنْدِ غَيْرِ اللَّهِ لَوَجَدُوا فِيهِ اخْتِلَافًا كَثِيرًا (82)
Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Qur’an? Kalau kiranya Al
Qur’an itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang
banyak di dalamnya.
[An-Nisa’ : 82]
قُلْ لَئِنِ اجْتَمَعَتِ الْإِنْسُ
وَالْجِنُّ عَلَى أَنْ يَأْتُوا بِمِثْلِ هَذَا الْقُرْآنِ لَا يَأْتُونَ
بِمِثْلِهِ وَلَوْ كَانَ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ ظَهِيرًا (88)
Katakanlah: “Sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat
yang serupa Al Qur’an ini, nescaya mereka tidak akan dapat membuat yang serupa
dengan dia, sekalipun sebagian mereka menjadi pembantu bagi sebagian yang
lain”. [Al-Isra’ : 88]
PERINGKAT PENURUNAN AL-QURAN
Al-Quran Al-Karim yang diturunkan kepada Rasulullah SAW terbahagi kepada dua peringkat iaitu secara sekaligus yang bermula daripada Allah SWT ke Luh Mahfuz, dan seterusnya daripada Luh Mahfuz ke Baitul Izzah. Manakala secara beransur-ansur pula ialah dari Baitul Izzah kepada Rasulullah SAW.
Rujukan: Buku Teks KKQ Tingkatan 1 & Buku Teks PQS (KBSM) Tingkatan 4
Peringkat Pertama: Secara Sekali Gus
Sebelum diturunkan ke bumi, Al-Quran pada mulanya berada di Luh Mahfuz sebagaimana Firman Allah SWT:
Kemudian, Al-Quran diturunkan ke suatu tempat bernama Baitul Izzah yang terletak di langit dunia. Proses penurunan itu berlaku pada suatu malam yang penuh berkat (Lailatul Qadr) di bulan Ramadan secara serentak sekaligus. Allah SWT berfirman:
Peringkat Kedua: Secara Beransur-Ansur
Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur dari Baitul Izzah kepada Rasulullah SAW melalui Jibril AS. Allah SWT berfirman:
192. Dan sesungguhnya ia (Al-Quran) benar-benar diturunkan oleh Tuhan Semesta Alam. 193. Ia dibawa turun oleh Al-Ru Al-Amin (JIbril). 194. Kedalam hatimu agar kamu menjadi seorang daripada yang memberi peringatan. 195. Dengan bahasa Arab yang jelas.
Rujukan: Buku Teks KKQ Tingkatan 1 & Buku Teks PQS (KBSM) Tingkatan 4
Thursday, 12 December 2019
NUZUL AL-QURAN
Maksud Nuzul Al-Quran
Al-Quran
al-karim ialah kalamullah yang suci daripada sifat-sifat makhluk. Penurunan
al-quran bukan dari satu tempat ke satu tempat yang lain, tetapi digunakan
lafaz "penurunan" (nuzul) untuk menunjukkan ketinggian dan keagungan
Allah SWT. Penurunan al-quran bermaksud "pemberitahuan" atau
penyampaian wahyu Allah SWT kepada Rasulullah SAW dengan perantaraan
lafaz-lafaz yang hakiki yang diturunkan kedalam hati Nabi Muhammad SAW.
Pengertian Nuzul Al-Quran
Daripada segi bahasa, perkataan ‘Nuzul’
bererti menetap di satu tempat atau turun dari tempat yang tinggi. Kata
perbuatannya ‘nazala’ (نزل)
membawa maksud ‘dia telah turun’ atau ‘dia menjadi tetamu’. Sebenarnya
penggunaan istilah Nuzul al-Quran ini secara majaz atau (simbolik) sahaja yang
bermaksud pemberitahuan al-Quran. Tujuannya untuk menunjukkan ketinggian
al-Quran.
Secara teknikalnya Nuzul al-Quran bererti penurunan
al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir. Perkataan Nuzul dalam
pelbagai wajah sama ada kata nama, kata perbuatan atau lainnya digunakan dalam
al-Quran sebanyak lebih kurang 290 kali. Sebagai contoh:
وَأَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً
Maksudnya: “Dia
yang telah menurunkan hujan.”
(Surah al-Baqarah:22)
Wahyu, Waktu dan tempat
kejadian
Sedangkan wahyu pertama yang diturunkan
kepada Nabi Muhammad adalah surat Al Alaq ayat 1-5 yang bila
diterjemahkan menjadi:
1. Bacalah
dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan
2. Dia
telah menciptakan manusia dari segumpal darah.
3. Bacalah,
dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,
4. Yang
mengajar (manusia) dengan perantaran kalam
5. Dia
mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya
Saat wahyu ini diturunkan Nabi Muhammad Sallalahu Allaihi Wassalam
sedang berada di Gua Hira, ketika
tiba-tiba Malaikat Jibril datang menyampaikan wahyu tersebut.
Adapun mengenai waktu atau tanggal tepatnya kejadian tersebut, terdapat
perbezaan pendapat di antara para ulama, sebagian menyakini peristiwa tersebut
terjadi pada bulan Rabiul Awal pada
tanggal 8 atau 18 (tanggal 18 berdasarkan riwayat Ibnu Umar), sebahagian lainnya pada bulan Rejab pada
tanggal 17 atau 27 menurut riwayat Abu Hurairah, dan lainnya adalah pada
bulan Ramadhan pada tanggal 17 (Al-Bara' bin
Azib),21 (Syekh Al-Mubarakfuriy) dan 24 (Aisyah, Jabir dan Watsilah bin Asqo' ).
Subscribe to:
Comments (Atom)




