Home | Pengajaran | Penilaian | |

Monday, 16 December 2019

PERINGKAT PENURUNAN AL-QURAN

Al-Quran Al-Karim yang diturunkan kepada Rasulullah SAW terbahagi kepada dua peringkat iaitu secara sekaligus yang bermula daripada Allah SWT ke Luh Mahfuz, dan seterusnya daripada Luh Mahfuz ke Baitul Izzah. Manakala  secara beransur-ansur pula ialah dari Baitul Izzah kepada Rasulullah SAW.



Peringkat Pertama: Secara Sekali Gus

Sebelum diturunkan ke bumi, Al-Quran pada mulanya berada di Luh Mahfuz sebagaimana Firman Allah SWT:



Kemudian, Al-Quran diturunkan ke suatu tempat bernama Baitul Izzah yang terletak di langit dunia. Proses penurunan itu berlaku pada suatu malam yang penuh berkat (Lailatul Qadr) di bulan Ramadan secara serentak sekaligus. Allah SWT berfirman:


Peringkat Kedua: Secara Beransur-Ansur

Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur dari Baitul Izzah kepada Rasulullah SAW melalui Jibril AS. Allah SWT berfirman:


192. Dan sesungguhnya ia (Al-Quran) benar-benar diturunkan oleh Tuhan Semesta Alam. 193. Ia dibawa turun oleh Al-Ru Al-Amin (JIbril). 194. Kedalam hatimu agar kamu menjadi seorang daripada yang memberi peringatan. 195. Dengan bahasa Arab yang jelas.


Rujukan: Buku Teks KKQ Tingkatan 1 & Buku Teks PQS (KBSM) Tingkatan 4 

No comments:

Post a Comment